Assalamualaikum wbt.Ramai Usahawan & Peniaga Lupa Nak Amalkan Ayat Pelaris Ini
Pernahkah kita terfikir kenapa jualan susah nak dapat, nak lekat dan nak masuk? Dah pelbagai cara kita lakukan... Tapi masih tak laku.
Bila kita tengok jiran yang bersama-sama berniaga, pelanggan keluar masuk tak henti-henti. Dalam fikiran mesti kata, dia guna pelaris ke? Guna bomoh... Takkan kot sebab dia orang islam yang mengamalkan syariat islam. Malah baru saja kembali dari Tanah Suci Makkah.
Bila di risik-risik, rupanya pak haji tadi mengamalkan ayat pelaris. Ayat pelaris yang terdapat dalam Al-Quran tapi ramai usahawan dan peniaga lupa nak amalkan atau bacakan sebelum memulakan perniagaan setiap hari.
Jom amalkan ayat pelaris ini, agar perniagaan kita maju dan untung berlipat ganda agar kita dapat menyalurkannya ke arah jalan yang baik.