All about food & recipe

Jumaat, 4 November 2016

Solat Dhuha | Rahsia Rezeki Melimpah, Halal Dan Berkat

Assalamualaikum wbt. Solat Dhuha | Rahsia Rezeki Melimpah, Halal Dan Berkat

Mommy bukanlah orang yang pandai sangat bab agama. Masih belajar dan akan terus belajar. Doakan mommy yer.

Dulu mommy tak amalkan pun solat dhuha walaupun tahu itu adalah rahsia rezeki melimpah, halal dan berkat. Mungkin sebab tak biasa dan tak di amalkan sejak kecil.

Namun, bila hati mommy terbuka untuk mengerjakan solat dhuha, mommy paksa diri untuk kerjakan juga. Kalau mommy tak paksa diri untuk mulakan, memang mommy tak akan buat. Mungkin hidayah tu tak akan datang kali ke-2. 

Bila dah paksa diri buat, bila tak buat... ia akan menjadi satu perasan tak selesa. Selagi tak buat, selagi tu tak selesa. Sekarang ia dah jadi satu kemestian untuk lakukan solt dhuha. 

Apa yang mommy dapat dengan solat dhuha? 

Perkara pertama yang mommy perasan adalah ketenangan. Ketenangan pun satu rezeki. 

Kedua, mommy perolehi rezeki di saat yang tidak di sangkakan.

Ketiga, bila dah selalu amalkan... rezeki yang datang kepda mommy tidak putus-putus. Alhamdulillah mommy boleh kongsikan dengan keluarga.

Jadi, untuk memperolehi rezeki yang melimpah, halal dan berkat itu sangat mudah. Lakukanlah solat dhuha.  In sha Allah.

Solat Dhuha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan